jom sembang2 kat sini...=)


ShoutMix chat widget

Thursday, March 25, 2010

ford ranger & mini cooper project

assalamualaikum...dah lama xder kt sini,maklumlah minggu lepas ada project kt umah..2bijik keta..ford ranger dgn mini cooper(model lama)..





ford ranger intercooler turbo 2.5 diesel...

ford ranger ni mengalami overheating yg mnyebabkn cylinder head bengkok..so kitorang bukak dan keluarkan dr kereta..1st time aku tlg ayah aku wat keta diesel..masa nak bukak head ni mmg bnyak komponen kena bukak..kerja2 memang renyah la..huhu,perlukan kesabaran.

enjin diesel...

cylinder block..piston pun dah x fit,longgar.

inilah dia cylinder head..nak potong head kat foundry bg sama rata balik permukaan head tadi..tapi head dah limit,xleh potong dah. so kena tukar seketul..kami cari barang kt kedai potong dekat ngn kwsan kami..harga cylinder head saja rm 1,800..bandingkan dgn harga enjin seketul rm 2,800..so kami wat keputusan lebih baik beli enjin seketul lg senang,x bnyak cita..

sementara tunggu tuan kereta dpt gaji utk beli enjin,kami keluarkan enjin lama kereta ford ranger tu..


enjin dah dikeluarkan..nampak lapang je..


ni dia enjin,kami keluarkan pakai chamber lock je..gantung kat tiang,nasib la kuat lagi tiang umah aku ni...ambil masa agak lama nak keluarkan enjin dr kereta..berat lak tu

..lusanya pekerja kedai potong/half cut mai umah hantar enjin seketul..turunkan pun pakai chamber lock..lepas tu kerja2 leraikan komponen yg tidak perlukan dilakukan..pasang apa yg berkenaan..mlm plak kami sambung kerja,naikkan enjin dan masukkan kt dalam keta..erm,masa nk masuk enjin tu ada yg x kena..sedikit masalah,biasalh tu..erm,kami cuba selsaikan..oil sump sangkut,so kami tukar oil sump yg lama pkai balik kt enjin baru...enjin baru asalnya dr kereta model lain tp boleh masuk...kami kerja smpai kul 1 pagi,letih sgt stop smbung esok lak..


esoknya sambung kerja smpai mlm gak...ml tu gak kami naikkan enjin,alhamdulillah semuanya berjalan lancar...enjin senang masuk..kami pasang semua skru dan ikat ketat2..dah selesai pasang semua komponen,kami cuba hidupkan enjin keta..alhamdulillah sekali start je enjin hidup..syukur sgt,fuhhh,letih x terhingga..hehe..


.........................................................................................................................................................................



kereta mini cooper(model lama)



yang ni cita pasai mini cooper lak..keta ni tuannya suruh tukar clutch plate..cantik x keta ni?hehe..aku x mnat pon mini cooper..oklah,nak kongsi citer ngn kwn2..erm,clutch plate mini cooper ni lain cket dr keta biasa..gearboxnya kt bwah,x sekali ngn clutch plate.


kt kwasan tulah clutch plate duduk..tapi nak keluarkan kena pakai puller,special tools tu..kami xdak,so pinjam kt kwn ayah aku..nak keluarkn flywheel mmg payah..lgpun tempat sempit..kena guna akal bnyak..huhu..ayh aku wat dgn aku tolong je cket2..huhu.

setelah buka dan keluarkan..kitorang pasang clutch plate baru dan pasang semula kt kereta..akhirnya siap dua2 bijik keta..

hari ni tuan kereta ford ranger dah amik ketanya..harap2 tuan keta puas hati dgn ketanya..

mini cooper pon dah siap cuma tggu tuannya nak amik ja..

sekian dari aku..=)




cun x?









Thursday, March 18, 2010

update cket...

assalamualaikum....yeah,update cket jer..harini aku usya fb kwn aku,ed photography..tejumpa satu video ni..teruja siot tgok budak kecik ni nyanyi,hehe..suara dia mmg dasyat ar....so aku masukkan video kt cni bg korang tgok,huhu...budak ni mmg hati kering wa ckp lu..

selamat menghayati.......^^.



Wednesday, March 10, 2010

proton iswara project

assalamualaikum...



dah 2 hari aku xde cter baru..maklumlah bz,ptg kelmarin ada sebijk proton iswara masuk nak tukar clutch plate..ayahku ajak aku wat sekali nk tgok aku boleh ke x.huhu...erm,ptg tu buka la apa2 komponen yg bersangkut paut..pastu sambung malam plak..malam tu gak kami keluarkan gearbox pastu tukar clutch plate..smpai pkul 11.00 mlm je pastu aku lak sambung esoknya.(selasa)..

balik dari kelas,mkn2,mandi.lepas zuhur dlm pukul 3ptg aku cuci gearbox sbb dah kotor dalamnya..pastu tukar clutch bearing sekali..dah settle cuci bg kering,sapu grease kt clutch bearing..dah siap semua,letak gearbox atas jack pastu jack bg tinggi..bg centre elok2 pastu goncang gearbox bg masuk pin..pastu masuk skru kt gearbox..pasang balik semua komponen yg mna aku bukak...smpai pkul 6.30 aku berenti jap sambung lpas maghrib..mlm plak tinggal cket je keje,pasang balik driveshaft dah siap semua..aku test drive ngn ayah aku.huhu...sekian..^^.


kesimpulannya:

* memang penat smpai keluar peluh jantan aku..heh3
*buat kerja sorang2 baru kita taw cmne susah senang kerja tu
* dapat ilmu..alhamdulillah

Monday, March 08, 2010

madas 125

assalamualaikum...

nak cter cket pasai motorsikal MADAS AKAN KELUAR DIPASARAN APRIL NI..

haa td aku tgok kat suratkhabar..mmg style habis ar motor ni,ranggi plak tu..harga pun boleh tahan mahal..rm,6,000..huhu

keluaran mana aku x amik taw lak..haha,nama motor pelik tui,MADAS...tp rekabentuk cun gak aku tgok...

125 cc...

jom usya kt bawah.......








Friday, March 05, 2010

perhatian kpd yg pakai kereta!!

assalamualaikum...


di sini aku nak berkongsi dengan kawan2... 9 CARA UNTUK MENGELAKKAN KERETA ANDA DARIPADA DICURI


seperti yang kita semua taw kat mana2 jer mesti ada kes kecurian..xkira la motor ke kereta,tp yg ni pasai kereta yer..hari ni aku ada baca buku automotif dr cikgu aku,terjumpa tajuk ni..menarik dan aku nak kongsi dgn korang semua..insyaallah la dgn cara ni kereta korang akan selamat,yang penting tawakkal..

oklah..tgok kt bawah ni yer........

1. letakkan kereta anda di kawasan yang terang dan berhampiran dgn org ramai

2. tutup cermin tingkap dan kunci kereta anda walaupun di kwasan rumah anda

3. letakkan barang berharga di tempat tersorok di dalam kereta anda.pertimbangkan utk beli stereo yang boleh ditanggal utk disimpan di dalam tempat barang atau yang boleh dibawa bersama anda.

4. pertimbangkan utk beli alat pengunci mekanikal yang ketara untuk mengunci steering kereta dan/atau beli sistem amaran kecurian automatik

5. pasang nut lug pengunci bagi mencegah kecurian tayar biasa atau tayar gantian yang dilekatkan diluar

6. simpan kad pendaftaran dan insurans kereta anda dan jangan sesekali meninggalkannya di dalam ruang menyimpan barang supaya pencuri tidak boleh mengemukakan dokumen berkenaan jika ditahan polis

7. tanggalkan terminal negatif(-) pada bateri atau dawai lingkaran daripada tudung distributor jika anda terpaksa meninggalkan kereta dalam jangkamasa yang lama.bisanya pencuri kereta tiada masa atau keinginan utk memeriksa mengapa enjin kereta tersebut tidak boleh dihidupkan..

8. bawa kereta anda ke tukang pembuat kunci atau wakil2 penjual kereta untuk menanggalkan nombor kunci yang boleh digunakan oleh pencuri untuk membuat pendua (catat nombor tersebut terlebih dahulu utk rekod)

9. ukir nombor pendaftaran kereta anda (VIN) pada tingkap,pintu dan fender kereta dengan pengukir elektrik bagi tujuan perlindungan tambahan.ia membantu menjauhi pencuri kereta profesional yang akan terpaksa menanggalkan tanda2 tersebut sebelum kereta anda dijual semula.


oklah setakat ni yang aku baca dalam buku utk panduan kita bersama...kalau korang ada cara lain nak elakkan kereta dr dicuri boleh la kongsi sama2 yer...

Thursday, March 04, 2010

sesuatu yg x dijangka oleh aku..

assalamualaikum.........


harini aku nk cerita kosong kt sini...pagi td lpas smyg subuh,aku tdo jap pnat sgt.pastu dlm pkul 7.20 ak terjaga bangun cz dgr ada org sembang kt luar..aku mengintai kt tingkap,la rupanya mak aku ngn adik aku..apahal adk aku x p sekolah?aku tnya mak aku..hanif ni xcdent motor kna langgar ngn kete..aku pun,biar betui?nasib baik hang xdak pa,luka cket..yg motor kapcai aku plak rim bengkok..aduh2,baru lpas kuar kedai xcdnt lg..dah la motor aku buruk jer,lpas ni jenuh aku nak naik motor ap plak?motor bnyak kt umh tp xleh pkai....haish..pening kepala dok pikir..



itulh hg...mtor aku stndard nk wat mcm2 bg laju,dah la suspension c70 mcm tut tut jer..mmg x dijangka oleh aku motor aku SAKIT lg..huhu

ok,lah sekian..aku merepek...chow

nuffnang