jom sembang2 kat sini...=)


ShoutMix chat widget

Tuesday, December 29, 2009

motor aku

hari ni motor aku wat hal lak pagi2 tayar pancit.last2 aku p klas naik kereta senang cter,lgpun balik tadi hujan nasib baik la kan...huhu

memandangkan aku baru je dapat elaun,mmg kena tukar tiub motor la,huhu..tadi p kedai beli tiub motor ngn minyak enjin shell vsx..lgpun dah lama x tukar,nnt enjin motor rosak la,huhu..kena jaga leklok ooo,dah la ari2 aku lenjan ....lgpun mtor 4stroke ni maintenance lg mahal dari 4 stroke,tapi msra alam la..huhu




oklah ak nak tukar mnyak enjin ngn tukar tiub mtor...sapa nk ikut?hahha....


p/s: klu nk isi myak enjin jgn isi penuh 1 botol,nnt enjin berat pickup xdak..ikut sukatan dipstick ok..chow^^

Sunday, December 27, 2009

suzuki belang 150r

saja je baru hari ni aku nak post pasal motor suzuki belang ni..walaupun dah lama keluar kan??geng2 motor taw la..apa yang aku suka pasal motor ni coz enjinnya DOHC(camshaft ada 2) pastu pkai coolant,klac tangan,seseran enjinnya 150cc..memang power la kan..hehe tapi aku cerita je kat sini..nak pkai pun xmampu,duit xdak..haha

body motor ni mmg smart tapi bukan utk pegi pasar la..bakul pun xdak..motor ni utk konvoi2 ke ok la lgpun nmpak sporty..lampu depan x berapa menarik la..huhu,klu masuk lampu motor cagiva ke smart la...hehe



pandangan dari tepi mmg smart la...hehe





SPECIFICATIONS
Engine type : 4-stroke, air-cooled, DOHC
Bore (mm) : 62.0
Stroke (mm): 48.8
Piston displacement (cm³); 147
Compression ratio: 10.2 : 1
Carburetor: MIKUNI BS26SS
Starter system: Electric & kick starter
Lubrication system: Wet sump
Clutch: Wet, multi-plate type
Transmission: 6-speed
Drive system : RK428HSB, 120 links
Front suspension : Telescopic, coil spring, oil-damped
Rear suspension : Swingarm type, coil spring, oil-damped
Front brake: Disc brake
Rear brake: Disc brake
Front tire size: 70/90- 17 M/C 38P tube type
Rear tire size: 80/90- 17 M/C 44P tube type
Ignition type: Electronics ignition (CDI)
Spark Plug: CR8E or DENSO U24ESR-N
Battery: 12V 20.5KC (5.7AH) / 10HR
Headlight: 12V 32/32W + 18/18W
Fuel tank: 4.9 litres
Engine oil: Without filter change – 1,000ml
With filter change: 1,100ml
Overall length: 1,960 mm
Overall width: 650 mm
Overall height: 980 mm
Wheel base: 1,280 mm
Kerb Weight: 108 kg

Friday, December 25, 2009

kita sambut krismas ke??

esok aku x cuti pegi kelas mcm biasalh..huhu,lgpun krismas mana ada kita org islam sambut kan???klu org cina msti ada yang sambut krismas cz ada yang agama kristian..
yang aku nak bgtau ni orang kita yang bergelar melayu ni pun sambut perayaan krismas walaupun diorg bukan agama kristian...korang caya x???haaa jeng jeng jeng..


kalau korang nak taw,tepat pkul 12.00 mlm ni tgok la msti ada anak2 muda yang race mtor,angkat tayar depan,belakang semua aksi ada..kononnya nak sambut krismas la..huhu,aku taw pun kwn aku cter aku x join la...lalala (betui aku x join,x caya sudah)

lagi satu nak bgtau..mlm tahun baru nanti korang tgok la kt mna2 msti ada org sambut malam tahun baru kt jalan raya...racing la apa lagi....nnt msti kuar mcm2 berita kt suratkhabar ke kacatv ke..ada berita baik,ada berita buruk.............

lu pikir la sendiri

Saturday, December 19, 2009

cerita yg bermanfaat..

sketsa bijaksana

Adalah seorang hamba Allah ni, dia pergilah bersiar-siar di tepi
hutan.

Sedang dia menghirup udara rimba yg segar tu, tetiba dia terdengar
satu bunyi... jeng!jeng!jeng!... bunyi....aauuummmmm!!!!! Bunyi
harimau yg kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Jadi, si
hamba Allah ni pun lari untuk menyelamatkan diri. Harimau tu kejar
hamba Allah ni. Sebab dia dah lapar sangat ni.

Harimau tu pun kejar, kejar, kejar dan kejar. Hamba Allah ni punyalah
takut, berlari lintang pukang. Sempat juga dia berdoa agar dia
diselamatkan daripada dibaham dek harimau tadi.

Dengan kuasa Allah diperlihatkan sebuah perigi di depan mata nya.
Jadi untuk menyelamatkan diri si hamba Allah ni pun terjunlah ke
dalam perigi.

Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Si hamba Allah ni bergayut pada
tali tu. Tali tu pendek jer. Jadi dia bergantungan di tengah-tengah
perigi.

Di mulut perigi, harimau yg lapar tu menunggunya. Si hamba Allah ni
pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa
kepada Allah agar dia diselamatkan. Tengah dok berfikir camner nak
selamat, tetiba dengar bunyi kocakan air di bawah perigi.

Aaaaa!!!!... Ya Allah..... lagilah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa
kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yg kelaparan. Apalah nasib. Dah jatuh
ditimpa tangga. lagilah takut si hamba Allah ni. Atas ada harimau
bawah ada buaya. Semakin risau dan takut.

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tetiba keluar seekor
tikus putih dari lubang celah-celah perigi, naik ke atas ikut tali yg
hamba Allah tu bergayut. Sampai kat atas tikus tu gigit tali tu
pulak.

Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh.... cam ner ni. Pas tu, keluar
lagi seekor tikus yg berwarna hitam. Naik mengikut tali tadi, cit!cit!
cit!cit! sampai kat atas.Tikus hitam ni pun gigit juga tali tu.

Cis, lagi satu. Macam mana aku nak buat ni.... habislah jadi mangsa
buaya .

Berfikir lagi. Kalau naik kat atas makan dek harimau. Kalau tunggu
tali putus dan jatuh ke bawah makan dek buaya. Macam mana nih...

Sedang hamba Allah tu berfikir cam ner nak selamatkan dirinya,
tetiba.... terdengar satu bunyi.... uuuuuuuuuuuuu... bunyi lebah bawa
madu. Si hamba Allah ni pun mendongak ke langit, melihat lebah yg
sedang bawa madu.

Tetiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut si hamba
Allah ni tadi. Punyalah nikmat sehingga tidak terkata. Hamba Allah tu
kata, "Fuh manisnya madu ni , tak pernah ku rasa manisnya ni.
Sedapnya. Subhanallah sungguh sedap ni."

Kerana setitik madu si hamba Allah tu lupa pada harimau yg sedang
menantinya di mulut perigi dan buaya yg menantinya di bawah.

Kalau semua nak tahu , si Hamba Allah itu adalah kita semua. Harimau
yg mengejar tu adalah maut kita, ajal memang sentiasa mengejar kita,
so beringat-ingatlah. 2 ekor buaya itu adalah malaikat Munkar Dan
Nakir yg menanti kita di alam kubur nanti. Tali yg tempat si hamba
bergayut tadi adalah jangka hayat kita kalau pendek talinya maka
panjanglah umur kita dan kalau panjang talinya maka pendeklah umur
kita.

Tikus Putih dan Hitam tu adalah dunia kita siang dan juga malam yang
sentiasa menghakis umur kita.Kan tikus tu gigit tali tu. Madu...,
madu yg jatuh setitik ke dalam mulut hamba itu tadi adalah nikmat
dunia. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulutnya,dia
lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah bila dapat nikmat sikit
lupa pada Allah. Waktu susah baru la nak ingat Allah.

Astaghfirullah...

Monday, December 14, 2009

dari tpg ke penang....

assalamualaikum,

hari ni 13hb .12.09 ada kenduri kawen kt umah kwn aku asma,abg dye kawen..dye jemput aku so aku datang la arini,aku ajak kwn aku 2 org yg sorang penunjuk arah cz aku xpnah jejak kaki kt penang lagi,haha...yang sorang lagi aku ajak taman jer,boleh sembang2 x boring kan...

bertolak dari rumah pkul 11.00pg otw amik kawan aku 2 orang pastu isi minyak rm30 pastu mulakan perjalanan lalu highway...keadaan kt highway ok jer x de la jammed...mula2 nak sesat gak ar kitorang,pastu tnya la org kt tepi jalan..jalan punya jalan jumpa la signboard sg 2..kitorang masuk highway sg.2 pastu jumpa tasek gelugor..kitorang terus je smpai jumpa balai polis tasek gelugor...pastu confuse terus call asma,rupa2nya dah terlepas la,haha...patah balik pastu pusing2 jumpa masjid al ridhwan nmpak simpang tengok bunga mangga ada nama pengantin..memang betullah ni..hehe,rumah asma ni kt kwsan dalam gak ar...pastu corner sana corner sini..dah jumpa rumah pengantin lega hati aku..smpai sana pkul 2.15 ptg.


dah smpai je terus call asma,ckap kami dah sampai...dari jauh asma dtg berbaju kurung hijau tersenyum2 kt aku kot...hahaha(perasan)....asma pun jemput kami,sebelum mkn jumpa tuan rumah aku mewakili kwn2 menghulur pengeras kat tuan rumah...huhu,langkah seterusnya kami amik nasi ngn lauk pastu cari tempat utk mkn...dah settle mkn kami mkn cendol plak,fuhh sedap.. lega tekak aku mkn cendol panas2 ni,hehe...

dah lama duk bawah khemah,kitorang lepak bwh pokok manggis,redup cket...masa tu asma ada bg kat kami bunga telur ngn kuih cket dalam beg kecik..sempat gak la aku sembang ngn dye tapi dalam masa singkat,yelah dia pun nak layan tetamu yg lain lak....huhu.....dah lama kat ctu kami pun minta diri kat tuan rumah nak beransur balik,kami kan org jauh..hehe


terima kasih kat asma cz jemput aku ke kenduri kawen abgnya...selamat pengantin baru kpd roslina& taufik(pasangan yg secocok)...=)



"kalau ada sumur diladang boleh kita menumpang mandi,
kalau ada umur yang panjang boleh kita berjumpa lagi...."




*thanx kpd asma/sahabat tagged......=)
*mood aku dah ok...


gambar kt bawah ni masa nak balik tpg.
lepak2 dulu........

time ni kt seberang perai....rehat jap

nuffnang