jom sembang2 kat sini...=)


ShoutMix chat widget

Friday, March 05, 2010

perhatian kpd yg pakai kereta!!

assalamualaikum...


di sini aku nak berkongsi dengan kawan2... 9 CARA UNTUK MENGELAKKAN KERETA ANDA DARIPADA DICURI


seperti yang kita semua taw kat mana2 jer mesti ada kes kecurian..xkira la motor ke kereta,tp yg ni pasai kereta yer..hari ni aku ada baca buku automotif dr cikgu aku,terjumpa tajuk ni..menarik dan aku nak kongsi dgn korang semua..insyaallah la dgn cara ni kereta korang akan selamat,yang penting tawakkal..

oklah..tgok kt bawah ni yer........

1. letakkan kereta anda di kawasan yang terang dan berhampiran dgn org ramai

2. tutup cermin tingkap dan kunci kereta anda walaupun di kwasan rumah anda

3. letakkan barang berharga di tempat tersorok di dalam kereta anda.pertimbangkan utk beli stereo yang boleh ditanggal utk disimpan di dalam tempat barang atau yang boleh dibawa bersama anda.

4. pertimbangkan utk beli alat pengunci mekanikal yang ketara untuk mengunci steering kereta dan/atau beli sistem amaran kecurian automatik

5. pasang nut lug pengunci bagi mencegah kecurian tayar biasa atau tayar gantian yang dilekatkan diluar

6. simpan kad pendaftaran dan insurans kereta anda dan jangan sesekali meninggalkannya di dalam ruang menyimpan barang supaya pencuri tidak boleh mengemukakan dokumen berkenaan jika ditahan polis

7. tanggalkan terminal negatif(-) pada bateri atau dawai lingkaran daripada tudung distributor jika anda terpaksa meninggalkan kereta dalam jangkamasa yang lama.bisanya pencuri kereta tiada masa atau keinginan utk memeriksa mengapa enjin kereta tersebut tidak boleh dihidupkan..

8. bawa kereta anda ke tukang pembuat kunci atau wakil2 penjual kereta untuk menanggalkan nombor kunci yang boleh digunakan oleh pencuri untuk membuat pendua (catat nombor tersebut terlebih dahulu utk rekod)

9. ukir nombor pendaftaran kereta anda (VIN) pada tingkap,pintu dan fender kereta dengan pengukir elektrik bagi tujuan perlindungan tambahan.ia membantu menjauhi pencuri kereta profesional yang akan terpaksa menanggalkan tanda2 tersebut sebelum kereta anda dijual semula.


oklah setakat ni yang aku baca dalam buku utk panduan kita bersama...kalau korang ada cara lain nak elakkan kereta dr dicuri boleh la kongsi sama2 yer...

5 comments:

  1. he,, bagus3.. nnt dah ade keta, akan ku amalkan!

    ReplyDelete
  2. hah, siap ade info x nk bg kete kena curi lg..hehe

    ReplyDelete
  3. fid: yer2..amalkn klu syg kete..hehe

    norashikin: yer..nk kongsi ngn kengkwan..

    ReplyDelete
  4. wah.. memang bagus utk dikongsikan dgn smua org ni.. nanti sy ada keta pun nak cuba amalkan.. tapi pastikan entry ni tak hilanglah.. huhuhu..

    ReplyDelete
  5. faarihin: haa..boleh je amalkan,sy xkn delete ar ntry ni..huhu..klu nk copy pun boleh..

    ReplyDelete

nuffnang